Tuesday, January 26, 2010

Standard Ketulenan Emas

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
  • 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
  • 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
  • 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
  • 875
  • 835
  • 750 18K mengikut ukuran lama
  • 585 14K mengikut ukuran lama
  • 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :

Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000
 
TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi

PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaan. Barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambang pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.

PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995

Monday, January 25, 2010

Aku Insaf

Salam...

Baru sebentar tadi saya menonton satu siaran TV, national geographic channel berkenaan alam semesta raya. Ia berkaitan mengenai proses kewujudan alam. Bermula dari proses awal yang kita selalu dengar iaitu proses kelahiran bintang baru atau big bang sehinggalah kemunculan organisma dan microorganisma yang penghuni bumi.

Betapa kerdilnya kita jika kita melihat ke angkasa sana. Bintang-bintang yang bertaburan pasti ada signifikan tertentu bagi sesiapa yang berfikir akan kebesaran dan keesaan ALLAH pencipta alam. Sedarkah kita,melihatkan kepada penciptaan bima sakti sendiri, kita dapat menilai sejauh mana kecilnya kita.

Saya ambil contoh, lihat sahaja gambar bumi kita, “The earth”. Dapatkah kita lihat di mana kita? atau sekurang-kurangnya kita mengagak kedudukan ibu dan ayah serta adik beradik? Atau mungkin kah kita dapat melihat “tuan besar dunia” iaitu Barack Obama president Amerika yang hebat berada? Tidak! Carilah, gunalah mikroskop sekalipun, kita tidak akan nampak.Betapa kerdilnya kita!

Jadi sedarlah, kita sebenarnya terlalu kerdil jika hendak di bandingkan dengan dunia, dengan angkasa, dengan galaksi bima sakti, cakerawala dan pastinya yang paling agung, PENCIPTA KEPADA SEMUA INI! Normal bagi kita berlaku tidak adil pada diri. Sombong yang tidak bertempat. Tetapi walau betapa rancak kita mendabik dada, sedarlah, akhirnya kita akan kembali jua ke dalam bumi di mana kita berjalan sekarang.

Jadi sedarlah, kita sebenarnya terlalu kerdil jika hendak di bandingkan dengan dunia, dengan angkasa, dengan galaksi bima sakti, cakerawala dan pastinya yang paling agung, PENCIPTA KEPADA SEMUA INI!

Normal bagi kita berlaku tidak adil pada diri. Sombong yang tidak bertempat. Tetapi walau betapa rancak kita mendabik dada, sedarlah, akhirnya kita akan kembali jua ke dalam bumi di mana kita berjalan sekarang.

Bayangkan, roh kita akan berjalan merentas seluruh angkasa ke langit ke tujuh yang entah berapa billion tahun cahaya di atas sana.Bayangkan di perjalanan nanti, bumi semakin jauh di tinggalkan dan ia semakin mengecil dan mengecil menjadi seakan seperti satu titik sehingga tidak nampak lagi.Bayangkan titik itu adalah bumi yang kita katakan besar! Dan bayangkan jika titik kecil itu adalah bumi, DIMANA KAH KITA WAHAI SAHABAT?!

Melihat panorama di atas sana, ya, ia mengasikkan. Dengan bintang cantik menghasilkan bentuk seakan-akan sesuatu. Namun, ia hadir bukan sengaja, tetapi ia hadir untuk menyedarkan kita.


Fikir-fikirkanlah
 
“Setahun memburu impian”


Saturday, January 23, 2010

My Collection

Salam..

Dulu masa mula2 invest dalam emas ni aku cuma beli emas Public Gold je bila ade duit..Tapi sekarang ni minat tu dah beralih untuk mempelbagaikan koleksi...So sekarang ni bila ade duit teringin nak dapatkan emas Nubex, Kijang, UOB n barang kemas...Cerita pasal barang kemas ni..wife aku memang suka la klu aku beli barang kemas..haha..jgn tak tau pulak masa aku banyak beli gold bar dulu di kureng minat ckit..sbb dia kurang paham pasal gold bar ni...so sekarang ni bila aku start mengumpul barang kemas memang dia suka la..barang kemas dia yang lama2 pun dia bagi gadai..kuang2..lepas tu aku beli yang baru n gadai lagi..dia x dapat pakai pun xpe..asal boleh tgk je kot...baru2 ni dapatlah jugak aku sambar gold bar emirates 1 gram n 1 Dirham Perak dari Mr Wantwo..Lepas tu dapat sambar 1 gm Poh Kong dari Kak Ayu. TQ pada yg menjual...just utk koleksi peribadi...lepas ni nak cari kijang pulak dari Mr Ainudin JE..



Friday, January 22, 2010

Simpan Barang Kemas Di Tempat Selamat

Salam...

          Memiliki barang kemas ni..memang menjadi kegilaan orang perempuan..tapi bagi aku pulak..barang kemas ni untuk simpanan n pelaburan je..lepas ni aku rancang nak jual barang kemas pulak..tak laku pun tak pe..sebab tak rugi ape2..hehe..that why la klu kita tgk ada kedai emas tu..dalam 1 hari ada 1 orang je yang beli...tapi tak pernah gulung tikar beb...next post aku tulis macamana kedai emas ni untung berlipat kali ganda k...kali ni aku nak share pasal keselamatan barang kemas je..mana lah tau..ada yg stok barang kemas sampai 100g lebih....

Sebenarnya aku pun pening jugak mana nak simpan barang kemas banyak2 dalam rumah kan...Ada mcm2 cara orang simpan barang kemas ni..ada simpan dalam almari, bekas tin, bekas tisu, bantal, bawah meje lepas tu slide tape, dalam kereta, dalam stor n macam2 lg la...tapi kita lupa pencuri ni pun pandai sebenarnye...kalau u all ada degree dalam IT atau degree apa pun..diaorang ni ade degree dlm bab mencari harta tersembunyi dlm rumah..hehe...klu diorang ni join pertandingan mencari harta karun..confirm 100% diorg ni menang..tapi tak delah aku nak tuduh sape2 yg pernah menang pertandingan cari harta karun tu diaorg pencuri...

    Barang kemas ni jadi sasaran utama pencuri sbb kecil dan mudah dibawa. Tapi tu bukan penghalang untuk kita menyimpan emas. Kalau kita nak hati sentiasa tenang & x perlu nak pikir psl kslmtan barang kemas..simpan je kat bank..sewa peti keselamatan la..charge pun bukan mahal sgt..sekali setahun je..itupun klu u all byk sgt barang kemas atau barang berharga yang lain..So hati senang...Janganlah sebab sewa peti RM 100++ setahun pun u all kedekut nak belanjakan...berbanding dengan ketenangan yang akan diperolhi...wassalam...

Tuesday, January 19, 2010

Diskaun Kedai Emas

        Salam semua...kali ni aku nak cerita pasal diskaun harga di kedai emas..kisah ni pada minggu lepas..masa tu aku saje je jln2 kat Giant Senawang..alih2 aku ternampak ada promotion jualan barang kemas..kedai ni ambil space besar jugak kat ctu..x perlu la aku sebut kedai emas ape..tapi yg penting kedai emas dlm giant senawang..hehe

     Banner tertulis promosi 20% ckit punya besar da...diskaun 20%..peh aku ckp! dahsat ni...klu sekarang 138/g boleh dapat 110/g..kena usha ni..mana tau boleh buat pelaburan..kui2...aku pun pergi masuk n ada jurujual dia dah 'booking' aku...biasala..kita ni nak usha harga je..so buat2 la nak beli n buat2 mcm org lelaki yg tak tau apa2 pasal emas ni..he he..kata kat jurujual tu , nak bagi surprise kat wife sempena anniversary..padahal...barang kemas bini dah habis kena gadai buat modal pelaburan..kui2.

    So amoi jurujual tu tunjuk kat aku mcm2 design rantai tgn...harga area 3000-4000..so aku pilih 1 barang..bukan design baru pun..biasa2 je...so..sesi soal menyoal pun bermula..1st soalan aku..berapa segram?..amoi tu jwb 138..betullah tu harga FGJAM..upah berapa?...400..after less 20%..jadi 320..
Masa tu aku dah terkedu dgn jawapan amoi tu..oooo mcm tu yg dikatakan diskaun dari kedai emas..baru aku tau...Aku rasa macam nak bukak je kedai emas kecik2 je kat sebelah kedai diaorang tu..so pengguna boleh pilih harga sape yg murah...Masa tu aku tgk ramai jugak yg beli barang kemas kat kedai ni..ada melayu,cina n india..nak je aku ckp..jgn beli ....harga kedai ni terlalu mahal..dah la harga per gram betul2 ikut buku 138/g..upah pulak jgn citer la mahal giler..design pun aku tgk biasa2 je..agak2 berapa la diaorg amik untung utk satu barang kan!! So aku pun buat keputusan..nak niaga la barang kemas dgn saudara mare, jiran2 dulu..supaya dia org ni tak kena tipu ngan kedai emas yg melampau2 amik untung..Aku pun blah dari situ..kata kat amoi tu.."saya mau ukur tangan bini dulu"..nanti sy dtg balik...harga canteeek sape x nak.....bye

Tips Penjagaan Barang Kemas

   Salam semua....Disini aku nak share beberapa tips utk penjagaan barang kemas..so selamat membaca....

  • Asingkan jenis barang kemas spt emas putih, emas kuning, berlian, mutiara dll..Sebagai cth sekiranya berlian diletakkan bersama emas lain dikhuatiri akan calar dan tidak berkilat..emas putih yang bercampur dengan emas lain menyebabkan emas putih tidak berkilat. So better beli beg khusus yg byk ruang utk asingkan barang2 kemas tersebut....


  • Simpan perhiasan dlm bekas berasingan @ di dlm bekas yg lembut utk mengelak barangan kemas bergesel antara satu sama lain, yg boleh mengakibatkan calar pd permukaan barang kemas.


  • Barang kemas dipakai selepas anda bersolek, memakai wangian dan penyembur rambut kerana bahan tersebut boleh bertindakbalas dgn aloi yg terdapat dlm emas 


  • Jgn berenang bersama barang kemas anda kerana klorin yg terdapat dlm kolam renang serta garam yang terkandung dlm air laut boleh merosakkan cincin, gelang dan rantai anda


  • Bersihkan barang kemas anda dgn sekerap mungkin sama ada dgn menggunakan pencuci khusus (boleh didapati di kedai emas) atau dgn air sabun yg suam dan gosok dgn berus gigi lembut utk menanggalkan minyak dan lain2.

Sunday, January 17, 2010

Tips Mencuci Barang Kemas

Salam, Post kali  ni sy paste dari web mana sy pun tak ingat..hehe..Ok lah disini ada artikel bgmn utk mencuci barang kemas kesayangan anda..
  
1.  Menggunakan larutan/serbuk pencuci biasa.


  • Campurkan larutan/serbuk pencuci tadi bersama air suam. Campuran ini mestilah sekata @ homogen dengan mengacaunya.
  • Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci tadi selama lebih kurang 15 minit.
  • Selepas rendam, beruskan @ gosokkan barang kemas tadi dengan menggunakan berus gigi yang halus, berus gigi budak supaya ia tidak tercalar.
  • Selepas selesai digosok, bilas barang kemas tadi dengan menggunakan air suam.
  • Lapkan barang kemas tadi dengan kain kapas lembut sehingga kering.
  • Hasilnya, Insyaallah barang kemas anda kembali bersinar seperti baru dibeli.

2. Menggunakan Ammonia.
  • Sediakan larutan ammonia (1:6) dengan mencampurkan 1 bahagian ammonia bersama 6 bahagian air.
  • Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci selama 1 minit.
  • Gosokkan dengan menggunakan berus gigi lembut.
  • Bilas barang kemas tadi dengan mengalirkan air kepadanya supaya semua larutan ammonia tadi tidak sedikit pun terlekat padanya.
  • Lapkan dengan kain kapas lembut sehingga kering.
  • Hasilnya, sungguh berbaloi. TAPI INGAT!!! jangan selalu melakukan teknik ini, kerana ia boleh merosakkan permukaan barang kemas tersebut @ ia akan menjadi pudar selamanya. Sekian..selamat mencuba..

Perbandingan Harga Barang Kemas Di Kedai Emas Berhampiiran Anda

Salam semua..

Di sini aku nak tunjukkan cara bagaimana kita nak tau harga per gram.. barang kemas yang kita beli di kedai2 emas..manalah tau masih ada yang tak tau lagi..just beli je..dengar kata orang..kedai A tu murah harga dia amik 1 gram dari kedai B..padahal harga upah kedai A amat la mahal...Selalu kita tengok penjual tu tekan kalkulator..padahal dia pun bukan pandai sgt matematik pun..kira-kira basic je..kita sendiri pun boleh buat..Kadang-kadang susah ckit kita nak buat perbandingan sebab berat barang kemas tersebut tak sama..so kita kena lah buat kira-kira ckit..ok caranya macam ni..

1. Pilih satu barang kemas dari Kedai A..
- dapatkan berat barang tersebut
- harga emas per gram yang dijual
- harga upah yang dikenakan(dah habis tawar)
- so dapatlah harga 1 barang kemas termasuk upah(berat x harga per gm + kos upah)
- amoi yang tekan kalkulator tu pun dapat jumlah yang sama dgn kita..hehe..nampakla kita ni tak bodoh sgt..
- so nak mudahkan buat perbandingan nanti..jumlah semua/berat barang kemas..dapatlah harga sebenar barang kemas tersebut per gram dari kedai A.

2.  Buat langkah tadi di kedai B pula..sebelum tu pastikanlah design tu sama dgn kedai A tadi..Buatlah perbandingan harga per gram kedai A dan B..mana yang lebih murah...pilihan di tangan kita sebagai pembeli....sekian..

Bagaimana Mengetahui Ketulenan Emas

Salam..Post ni saya copy dari http://duniagold.blogspot.com/..


Caranya mudah saje..


  • Mesti ada penimbang yg ada 2 digit lepas perpuluhan(penimbang dari Mr.Omar Kulim, Mr Wantwo ke). 
  • Cawan plastik yg ringan(cawan dadih pasar malam adalah amat digalakkan).
  • Benang jahit baju
  • Air paip
  • Calculator
  • Emas yg hendak di uji ketulenan/ketumpatan.


Langkah-langkah:

Timbang emas anda dengan penimbang emas.catitkan berat(g). 
  1. Masukkan air di dalam cawan (sukatan emas dapat tenggelam sepenuhnya di dlm cawan tetapi tidak menyentuh dasar cawan).
  2. Letak cawan berisi air di atas penimbang.
  3. Reset(off&on) semula penimbang.Dapatkan bacaan 0.00g.(bacaan cawan+air).
  4. Ikat emas anda dengan benang.Rendam emas di dlm cawan(mesti tenggelam sepenuhnya dan emas tidak mencecah dasar cawan).
  5. Catat bacaan berat air yg tersasar(0.xx g).


 Dengan menggunakan prinsip archemedes.
(di sini perlunya ada calculator)


Ketumpatan =
jisim(berat emas)/ isipadu air yg tersasar[(berat cawan+air+emas)-(berat cawan+air)]


Contoh jisim = 4.25g
* Isipadu air tersasar = 0.24cm padu
* Nilai ketumpatan bersamaan 4.25g/0.24g bersamaan 17.71.
* Merujuk kepada jadual ketumpatan,ketumpatan emas ialah 19.3g/cm padu.

* Jadi di sini dapatlah kita mengetahui ketumpatan emas dengan mudah.
* Ketumpatan emas anda ialah 17.71/19.3 = 0.917%

* 0.917% = 22k.

p/s: kepada yg ingin menguji silver,ketumpatan silver ialah 10.49g/cm padu


Selamat mencuba kepada semua peminat-peminat emas semua.